Tahukah anda, bahawa pola makan yang betul boleh membuat anda lebih kurus selama berpuasa di bulan Ramadan. Bagaimana caranya? cuba anda ikuti langkah-langkah ini seperti yang disarankan di Fashion Central:
Sahur dan berbuka
Jangan melewatkan waktu sahur dan berbuka jika ingin menjaga berat badan ideal selama Ramadan. Selain itu, elakkan junk food, perbanyakan makan buah dan sayur, serta pengambilan makanan berkhasiat lain.
Bersenam
Puasa bukan alasan bagi anda untuk tidak bersenam. Cubalah untuk tetap bersenam, walaupun ringan, dengan rutin. Sukan membantu kalori lebih cepat dan banyak terbakar.
Iftar Prihatin by Bakti Ramadhan Malaysia |
Beberapa makanan yang perlu diambil ketika sahur jika ingin berdiet adalah susu, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, dan karbohidrat kompleks (contohnya gandum). Jangan lupa untuk minum air yang banyak.
Menu berbuka
Walaupun masa yang ditunggu-tunggu akhirnya datang juga, tidak perlu makanan berlebihan saat berbuka. Makanlah dengan perlahan. Elakkan makanan bergoreng ketika berbuka jika ingin program diet sihat selama puasa berjalan lancar. Menu yang sesuai ketika berbuka, nikmati kurma, nasi, sayur-sayuran dan lauk berprotein untuk membantu menurunkan berat badan.
Selamat berpuasa dan selamat mencuba.
Sumber: Merdeka.com