Doa Dari Ayat Al Quran Untuk Rawatan Kanser

Jakmas Car Rental
1
Al Quran

Perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada Allah dan meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah di dalam Al-Quran

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...." (Al Israa' 82)

"....Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.." (Al Baqarah, 186)

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.

Lapan surah ini boleh diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit sendiri dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

  1. Istighfar 10x. 
  2. Salawat Nabi 10x. 
  3. Al-Fatihah 1x.
Caranya adalah seperti berikut:

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. In Shaa Allah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. Antara ayat-ayat yang perlu di baca adalah seperti berikut:
  1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
  2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
  3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
  4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
  5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
  6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
  7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
  8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Sumber:

1.    Utusan Online
2.    Facebook.com

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Apa sahaja kondisi kita, bermohonlah pada Allah Taala, apa jua cara yang dipilih untuk berubat hanyalah method atau alat sahaja, Allah Taala jualah yang menyembuhkan kita. Justeru minta padaNya pagi petang siang dan malam.

    ReplyDelete
Post a Comment
To Top