Amalkan Sarapan Pagi Untuk Cegah Serangan Jantung

Jakmas Car Rental
0
Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati lebiasaan melewatkan sarapan pagi hari menyebabkan seseorang lebih terdedah terkena serangan jantung.

Penemuan terbaru yang dimuat dalam jurnal Circulation, seperti disiarkan oleh dailymail, menyebutkan: berbanding orang yang rutin makan pagi, lelaki yang kerap melewatkan sarapan bagi berisiko seperempat lebih besar terkena serangan jantung atau penyakit koronari.

Photo used under Creative Commons from Avid Hills
Penyelidik mendapati, tidak sarapan dan makan larut malam boleh mencetuskan perubahan metabolisme tubuh. Akibatnya terjadi ketidakstabilan kadar gula darah dan hormon, yang boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari.

Dalam penyelidikannya, penyelidik AS mengesan sejarah kesihatan 26.902 lelaki berusia 45 hingga 82. Penyelidik meminta sukarelawan mengisi siri soalan berkaitan pola makan selama 16 tahun terakhir.

Secara keseluruhan, selama tempoh tersebut, sebanyak 1.572 laki-laki tercatat pernah mengalami gangguan pada jantung. Disimpulkan, lelaki yang melewatkan sarapan berisiko 27 peratus lebih tinggi terkena serangan jantung.

* Hindari juga makanan ini untuk jantung yang lebih sehat

Walaupun selepas mengambil kira perbezaan dalam gaya hidup, penyelidik mendakwa, kesimpulannya masih sama.

Daripada kajian tersebut, didapati bahawa lelaki usia produktif paling banyak melewatkan makan pagi. Selain itu, dari kalangan lelaki perokok, pekerja sepenuh masa, belum berkahwin, kurang aktif secara fizikal dan mereka yang meminum minuman keras.

Pemimpin penyelidik Leah Cahill, dari Harvard School of Public Health di Boston, berkata: "Melewatkan sarapan boleh menyebabkan satu atau lebih faktor risiko, termasuk obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes, yang pada akhirnya dapat menyebabkan serangan jantung."

Victoria Taylor, dari British Heart Foundation, berkata: "Kesibukan pagi hari sering menjadi alasan untuk melewatkan sarapan, tapi kajian ini menunjukkan bahawa tidak sarapan boleh memberi kesan pada kesihatan kita, lebih besar daripada yang kita bayangkan."

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top