Avocado sangat terkenal dengan kandungan antioksida yang sesuai untuk anti penuaan seperti contoh vitamin C, E dan Omega 3 asid lemak. Avocado menghalang kedutan pada wajah dan menjadikan kulit anda lebih bertenaga disebabkan kandugan Vitamin E itu sendiri.
Avokado juga mengandungi lutein iaitu sejenis antioksidan yang amat baik untuk mata. Pengambilan makanan yang tinggi lutein dikatakan mampu mencegah penyakit mata seperti katarak dan kemerosotan makular.
Lembutkan
kulit
Avokado digunakan dengan banyak dalam industri kosmetik seperti pencuci, krim dan masker muka. Ada juga yang dibuat syampu, minyak avokado dan bermacam-macam lagi. Avokado terbukti berkesan dalam penjagaan kulit wajah kerana kandungan vitamin E yang tinggi.
Antara
kebaikan lain buah avokado ialah mampu mencegah
arteriosclerosis, merangsang pembentukan kolagen sekaligus membantu
kulit
mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit seperti ekzema,
dermatitis
dan jerawat.
Selain itu, buah avokado juga boleh dihancurkan dan ditampal pada ruam dan kulit yang kasar. Kesannya, kulit akan menjadi lebih lembut. Minyak yang diekstrak daripada buah avokado boleh dijadikan sebagai losen kulit dan minyak urut. Penggunaannya dikatakan mampu memperbaiki kulit menjadi lebih bermaya.
Tembikai mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium, fosforus, natrium, kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain. Lycopene dan beta-karoten yang terkandung dalam tembikai membantu melindungi kulit dan membaiki sel sel yang rosak akibat pancaran matahari yang terik.
Jus
tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan
orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka
yang baru
sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
3. Berri

Buah berri bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, ianya tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral. Ianya juga sumber antioksida yang membantu melindungi otak dan kulit.
Selain kandungan antioksida yang tinggi, buah ini juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.
4.
Ubi
Keledek
Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.
Ubi keledek juga mengandungi lycopene, ianya menghalang kulit dari pancaran sinar UV
yang boleh
menyebabkan kulit anda menjadi tidak sihat. Kandungan vitamin C yang
terdapat
dalam keledek ini menghasilkan sumber kolegen yang baik untuk kulit
yang lebih
sihat.
Tergolong dalam keluarga Convolvulaceae, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza serta digunakan meluas dalam industri makanan, khususnya kuih tradisional.
Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.
Tergolong dalam keluarga Convolvulaceae, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza serta digunakan meluas dalam industri makanan, khususnya kuih tradisional.
5.
Sayur
Bayam
Ada banyak sekali nutrisi yang terkandung di dalam bayam seperti vitamin A, C, E, K, kalsium, zat besi, potasium, magnesium, mangan, seng, dan sejumlah mineral lain.
Sayur
bayam juga bayam kaya dengan lutein, yang
dikatakan memiliki ciri ciri anti penuaan yang bagus.
6.
Teh Hijau
Kajian
mendapati mereka yang mengamalkan meminum tiga cawan
teh hijau sehari berupaya melambat proses penuaan. Ini kerana, teh
hijau
meningkatkan struktur DNA dan mengurangkan pemendekan sel-sel dalam
badan yang
menghasilkan kesan penuaan tersebut.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.

7.
Salmon
Ikan
salmon penting untuk mengekalkan keremajaan kulit
kerana salmon kaya dengan protein yang mengekalkan kulit yang lebih
anjal dan
membaiki sel yang rosak. Kandungan omega 3 asid lemak yang dijumpai
dalam
salmon ini juga baik untuk otak, mata dan sendi.
Minyak
zaitun bukan sahaja terkenal di Eropah dan Timur
Tengah malah hampir ke seluruh dunia mengamalkan minyak zaitun tidak
kira di
dalam masakan mahu pun penjagaan kesihatan. Bagi umat Islam minyak
zaitun sudah
diamalkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad
s.a.w. dan
baginda memang menganjurkan umatnya mengamalkan minyak zaitun dalam
kehidupan
seharian.
Minyak
zaitun sememangnya sesuai digunakan dalam
masakan (tidak sesuai untuk menggoreng) ianya juga diamalkan sebagai
pelembap
kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi termasuk vitamin E, juga
bertindak melindungi anda dari radikal bebas yang berkait rapat dengan
proses
penuaan.
Sumber:
1. Artikel Internet
2. Kevin Zahri
Sumber:
1. Artikel Internet
2. Kevin Zahri