Hidup sehat hingga tua

Jakmas Car Rental
0
kekal sehat
Semua orang mengidamkan kekal sehat hingga ke hari tua
Menjadi warga tua berumur lebih 100 tahun dan kekal sehat? Tidak mustahil walaupun ramai yang bimbang untuk melalui usia lanjut kerana beranggapan mereka akan menghadapi masalah kesihatan dan kesunyian kerana tiada orang tersayang di sisi.

Dalam satu kajian, Malaysia dilaporkan hanya akan mermpunyai 15 peratus warga emas menjelang 2030. Ini menunjukkan betapa tahap kesihatan serta kesejahteraan yang tidak memuaskan dalam kalangan masyarakat negara ini.

Ini kerana bilangan penyakit degenaratif kronik, tahap tekanan meningkat dan tabiat gaya hidup yang tidak sehat menjadi faktor begitu membimbangkan kini.

Kesihatan Penuaan

Masyarakat perlu disedarkan mengenai asas penjagaan tubuh badan yang betul dalam keghairahan mengekalkan kesihatan dan kecergasan apabila individu itu memasuki zon usia emas supaya mereka kekal sehat.
  1. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah impian, matlamat serta tujuan dalam kehidupan. Menurut kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mental dan sikap positif sangat penting dalam semua peringkat usia.
  2. Bijak merangsang minda mereka ke arah pemikiran positif.  Ini kerana otak ialah otot yang memerlukan pemikiran berterusan bagi mengekalkan kesihatannya. Strategi mengingat boleh dicuba bagi menggalakkan otak bekerja dengan lebih berkesan dan mengurangkan masalah hilang ingatan apabila usia meningkat.
  3. Pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi secara optimum juga diperlukan bagi mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan.
  4. Lakukan senaman bagi mengelakkan risiko serangan sakit jantung kerana senaman dapat membantu merperbaiki peredaran darah dan tahap kolesterol serta mengekalkan berat badan yang seimbang.
  5. Elakkan obesiti. Obesiti ialah penyebab kedua kematian yang boleh dicegah. Obesiti yang tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, kardiovaskular, gout dan kanser.
  6. Menguruskan tekanan dengan baik kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan apabila tidak mampu dikawal. Orang yang tidak dapat mengawal tekanan biasanya akan mengalami beberapa masalah antaranya:
  •  Gigi berlaga terutama ketika tidur
  •  Insomnia, tidur terganggu dan mengalami mimpi buruk
  •  Kesakitan di bahagian bahu, leher dan belakang badan
  •  Keletihan yang kronik
  •  Kerosakan dan kekeringan kulit
  •  Tumpuan menjadi lemah
  •  Penyelarasan fizikal yang lemah
  •  Masalah percakapan
  •  Migrain dan sakit kepala
  •  Berasa bimbang
  •  Nadi berdenyut terlalu pantas atau tidak sekata

    Selain itu, tekanan perasaan yang tidak mampu diatasi juga boleh menyebabkan risiko menghidap darah tinggi dan serangan jantung.
Tidur yang berkualiti antara tujuh atau lapan jam satu keperluan untuk meneruskan cabaran dalam kehidupan dan membantu menggalakkan fungsi sistem saraf dengan betul. Tidur yang cukup membantu menyegarkan saraf otak dan menggalakkannya berfungsi dengan baik.

Penyelidik menganggarkan 80 hingga 90 peratus daripada semua penyakit degeneratif termasuk penuaan disebabkan radikal bebas berpunca daripada sinaran ultraungu, pencemaran, kimia, racun, rokok, alkohol, lemak dan gula. yang boleh menyebabkan penyakit:
  • Alzheimer
  • AIDS
  • Artritis
  • Kanser
  • Katarak dan masalah penglihatan lain
  • Keradangan
  • Kemerosotan kolagen yang menyebabkan penuaan dan garis kedutan
  • Gangguan buah pinggang dan hati
  • Parkinson
  • Sindrom pernafasan
  • Nyanyuk
  • Strok
  • Kecelaruan vaskular iaitu angina, penyakit jantung, buasir, vena varikos dan lebam.

Antioksidan iaitu vitamin A, C, E dan selenium melindungi sel dengan meneutralkan radikal bebas dan mempunyai kelebihan untuk membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Harvard menunjukkan pengambilan vitamin E membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 41 peratus.

Sistem imun akan musnah apabila kita mengalami masalah rehat yang tidak mencukupi, tekanan, kolesterol tinggi, gula berlebihan, gemar mengambil makanan ringan, alkohol dan asap tembakau. Sistem imun ialah mekanisme pertahanan badan secara senyap tetapi mempunyai kekuatan terhadap jangkitan seperti virus, bakteria atau kulat.

Sistem imun boleh dilemahkan apabila seseorang itu mengalami kemurungan, kekurangan hormon selain berpunca daripada radikal bebas. Terapi mengimbangkan hormon boleh dilakukan tetapi harus mendapat pemantauan daripada doktor pakar bagi melambatkan tanda penuaan.
Enhanced by Zemanta

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top