8 Tip Diet Sehat untuk Jantung dan Otak

Jakmas Car Rental
0

kekalkan hidup sehat
jantung sihat hidup lebih ceria dan cergas

Makanan yang baik untuk jantung, baik pula untuk otak. Gary Small, Pengarah the UCLA Memory Clinic di Amerika Syarikat, memberikan 8 tips mendapatkan manfaat pemakanan terbaik untuk kedua-dua organ penting dalam hidup kita tersebut.

1.  Kurangkan jumlah kalori

Lemak berlebihan dalam tubuh meningkatkan risiko terkena penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Kedua penyakit degeneratif ini berisiko menyebabkan stroke ringan di otak yang boleh membuat anda kehilangan memori, demensia, bahkan menderita Alzheimer.

2.  Makan lebih banyak lemak baik

Asid lemak perlu yang kita dapati pada ikan membantu mencegah penyumbatan pembuluh jantung. Asid lemak ini juga ditemui pada kekacang, avocado, minyak kanola, minyak zaitun.

3.  Pilih daging tanpa lemak

Misalnya daging ayam tanpa kulit dan daging tenderloin. Daging kaya lemak tepu seperti daging burger adalah penyebab penyumbatan pembuluh jantung.

4.  Konsentrasi ke karbohidrat kompleks

Seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan gandum. Jenis makanan ini bermanfaat untuk kolesterol baik penjaga kesihatan jantung kita. Di samping itu, jenis karbohidrat ini juga menjaga nafsu makan dan membantu membakar lemak. Sayur dan buah yang berwarna cerah juga merupakan zat antioksidan penjaga kesihatan otak.

5.  Tambah kunyit!

Warna kuning pada masakan yang berasal dari kunyit selain menyedapkan makanan, juga bermanfaat untuk kesihatan kerana kandungan curcumin di dalamnya. Curcumin adalah bahan aktif dalam kunyit yang bermanfaat sebagai zat antipembengkakan dan antioksidan.

6.  Minum teh hijau dan hitam

Buat teh tanpa gula sebab kedua jenis teh itu bebas kalori dan kaya antioksidan.

7.  Minum anggur

Tentu selama anda tak ada halangan kesihatan untuk mengambil minuman ini. Segelas minuman anggur sehari boleh membantu melindungi otak dari kemunduran menurut kajian yang ditulis di Journal of the American Medical Association. Anggur merah juga dikenali mengandungi antioksidan.

8.  Elakkan junk food

Terutama kudapan yang mengandungi gula tinggi dan makanan olahan. Keduanya menyebabkan bengkak di dalam badan dan meningkatkan kadar glukosa dalam darah kita.

Sumber: http://kesehatan.kompas.com/read/2010/02/13/16493358/8.Tip.Diet.Sehat.untuk.Otak.dan.Jantung


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top