Ciri-ciri serangan jantung pada wanita kerap kali tidak spesifik. Tanda ini tidak selalu berwujud kesakitan seperti tertekan di dada kiri, yang kemudian merebak ke lengan, punggung, atau leher, layaknya pada lelaki.
Pada beberapa kes, serangan jantung pada wanita kelihatan seperti gejala sakit gastrik. Pesakit merasa mual, ingin muntah, dan sakit pada lambung yang biasanya terjadi akibat gastrik. Sementara ada juga yang merasa sakit di dada kiri yang kemudian merebak ke leher dan punggung, tetapi mengandaikannya sebagai gejala keganasan payudara.
Menurut dr Erick Purba SpPD dari Bunda Heart Centre dari RS bunda Jakarta, tanda serangan jantung pada wanita memang tidak spesifik. Beliau menyarankan., sekiranya ubat gastrik tidak memberi kesan segera lakukan ECG atau pengukuran enzim jantung.
Waktu dua hari sudah cukup untuk menilai apakah ubat gastrik dan ubat tahan sakit memberi kesan positif sebelum dilakukan ECG atau pemeriksaan enzim jantung. Keadaan ini biasanya disertai kesakitan yang bertambah kuat, disertai keringat dingin . Pesakit juga merasa lemah dan sesak nafas yang semakin berat. Pada keadaan tersebut, biasanya pesakit perlu segera dihantar ke Unit Kecemasan dengan diagnosis serangan jantung.
Sebuah kajian menyatakan, 43 peratus wanita yang mengalami serangan jantung tidak menunjukkan gejala yang khas. Serangan jantung yang mirip sakit gastrik, kemungkinan yang diserang adalah jantung bahagian bawah ( inferior ). Bahagian ini relatif lebih dekat dibanding jantung bahagian posterior .
Kajian juga menunjukkan, gejala yang kerap ditemui pada wanita yang mengalami serangan jantung adalah nafas pendek atau sesak, lemah, dan letih tanpa tahu penyebabnya.
Gejala tersebut disertai tanda yang mirip gangguan pencernaan seperti mual, sakit pada ulu hati , perut sesak, dan kesakitan pada punggung belakang. Meski begitu, tidak semua gangguan pencernaan adalah tanda serangan jantung.
Pada beberapa kes, rasa mual ternyata memang bahagian dari gangguan lambung, yang disebut gastroesophageal reflux disease ( GERD). Hal ini bergantung pada faktor risiko yang dimiliki wanita
Wanita yang mempunyai faktor risiko seperti keluarga, usia, obesiti, hipertensi, kelebihan koleserol, diabetes, stres, dan merokok. Wanita dengan faktor risiko tersebut, perlu lebih berhati-hati dengan gangguan pencernaan yang dialami.
Wanita dengan faktor risiko tersebut perlu menjalani gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan jantung meliputi rutin makan buah-buahan dan sayur 3 hidangan sehari, rajin bersenam 15-30 minit sehari, tidak merokok, dan menyekat pengambilan alkohol.
Sumber: health.kompas.com/
Ciri-ciri Serangan Jantung Pada Wanita Mirip Gejala Gastrik
1:58:00 AM
0