Berikut ini hal-hal yang boleh anda lakukan:
Berjemur
Sinar matahari mengandungi vitamin D yang boleh meminimakan pembentukan plak di pembuluh darah. Penyelidikan di Universiti California menunjukkan, wanita dengan tahap vitamin D tinggi mempunyai risiko terkena penyakit jantung 31 peratus lebih rendah. Berjemurlah pada pagi hari sebelum pukul 10.00 selama 20-30 minit.
Penggunaan coklat
Makanan yang satu ini seringkali dielakkan kerana dianggap boleh mengakibatkan kegemukan. Tapi jangan salah, manfaatnya juga banyak. Anda hanya perlu jeli memilihnya. Dark chocolate mengandungi flavonoid dan magnesium yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat. Selain itu, ada pula kandungan asam stearat yaitu salah satu lemak yang ramah untuk jantung serta antioksida yang dapat menghalang radikal bebas merosakkan dinding arteri. Pastikan coklat yang anda makan mengandungi 70 peratus cocoa untuk mendapatkan manfaatnya.
Bersenam
Jantung
adalah otot yang perlu dilatih secara teratur agar tetap dalam keadaan
prima.
Latihan olah raga seperti jalan cepat, renang, joging atau berbasikal
dapat memberikan latihan terbaik buat jantung anda. Kajian New England
Journal of Medicine mengatakan dengan melakukan jalan ringan selama 2.5
jam seminggu, anda boleh memotong pertiga risiko serangan jantung dan
stroke. Aktiviti itu juga dapat meningkatkan kadar kolesterol baik dalam
darah. Berunding dengan doktor sebelum anda memulakan melakukan olah
raga. Anda juga boleh mengikuti sistem perubatan tradisional China.
Menurut perubatan ini, olah raga kardio bukanlah satu-satunya cara
meningkatkan kesihatan jantung. Gerakan lambat juga boleh menimbulkan
kesan yang sama. Saat tubuh anda membentuk sebuah kedudukan dan merasa
santai, anda merangsang rangkaian penghubung yang dilewati tenaga
sehingga organ dapat berfungsi secara maksimum.Pengambilan makanan laut
Makanan yang berasal dari laut dapat 'melumasi' jantung anda kerana ia mengandungi asid lemak omega 3 yang dapat mengurangkan risiko aritmia jantung, kadar kolesterol jahat, tekanan darah tinggi dan penggumpalan darah.
Berhenti merokok
Rokok mengandung lebih dari 600 bahan kimia yang boleh merosakkan sel di dalam arteri. Hal tersebut boleh mencetuskan keradangan yang boleh menyebabkan peningkatan kolesterol dalam jantung. Berita baiknya, setahun selepas anda berhenti merokok, risiko terkena penyakit jantung menurun sehingga 50 peratus.
Tertawalah!
Dengan tertawa, anda menurunkan hormon stres yang diketahui boleh merosakkan lapisan pelindung pembuluh darah. Apabila anda sedang stres, jantung menerima adrenalin dalam dos lebih besar. Hal ini boleh menyebabkan ketidaknormalan irama jantung dan bertambah lekat trombosit yang pada akhirnya mengakibatkan sempitnya arteri. Hormon yang dilepaskan saat seseorang kemurungan juga boleh menjejaskan kesihatan jantung. Kerana itu, pesakit kemurungan perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Jangan lupa memberus gigi
Menurut kajian yang dilakukan Sidney Dental Hospital tahun 2006, bakteria dapat memasuki saluran darah dari gusi yang tidak sihat. Hal ini boleh menyebabkan keradangan yang merosakkan lapisan arteri. Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan kunjungi doktor gigi anda secara teratur.
Tidur cukup
Orang-orang yang tidur kurang dari lima jam semalam cenderung mengalami penumpukan mineral kalsium dalam pembuluh darah jantung yang suatu saat dapat pecah dan menimbulkan serangan jantung dan stroke. Hasil penelitian The Journal of the American Medical Association pada 495 orang dewasa menunjukkan bahawa jumlah orang yang mengalami pengapuran arteri dapat diturunkan 1 daripada 10 orang dengan menambah jam tidur tambahan. Waktu tidur ideal adalah 6-7 jam sehari.
Jangan pendam rasa sakit hati
Sebuah kajian gabungan dari San Diego State University dan University of Pittsburgh membuktikan bahawa kehidupan perkahwinan yang sangat memuaskan boleh mengurangkan faktor-faktor serangan penyakit jantung. Kajian yang dilakukan pada 493 wanita berusia antara 42-50 tahun ini mengamati waktu berkumpul bersama, komunikasi, kehidupan seksual, hobi, watak-watak dan lain-lain. Hal serupa juga disebutkan dalam buku Heartbreak & Heart Disease yang ditulis oleh dr. Stephen T. Sinatra. Di dalam buku tersebut dikatakan tekanan batin yang diakibatkan oleh emosi yang ditahan mulai dari patah hati, terlalu sedih, sampai dengan rasa bermusuhan dan amarah, dapat mengakibatkan tersumbatnya aorta jantung anda yang kesannya serupa dengan pengoksidaan kolesterol, keracunan logam, insulin, radiasi dan darah yang mengental dan melekat.
Sumber: Pesona.co.id