Risiko Serangan Jantung Boleh Di Lihat Dari Rambut Seseorang

Jakmas Car Rental
0
kekalsehat.blogspot.com
Rambut menyimpan banyak maklumat mengenai tubuh
Biasanya untuk memeriksa keadaan kesihatan dan risiko serangan jantung, digunakan pemeriksaan makmal melalui ujian darah. Namun baru-baru ini penyelidik mendapati cara baru yang lebih sederhana, iaitu menggunakan rambut. Ternyata rambut juga menyimpan maklumat penting tentang keadaan tubuh.

Di dalam rambut, terkandung maklumat berharga mengenai kadar stres yang boleh digunakan untuk menentukan risiko penyakit jantung dan saluran darah. Jika ujian darah hanya boleh menentukan kadar hormon stres pada satu-satu masa, analisis rambut boleh mendedahkan kadar hormon stres selama beberapa bulan.

Analisis sampel rambut, menurut para penyelidik, boleh digunakan untuk mengukur kadar kortisol atau hormon stres demi menentukan risiko penyakit jantung dan saluran darah secara tepat. Orang tua yang kadar kortisolnya tinggi untuk masa yang lama cenderung mengidap penyakit jantung.

"Kadar kortisol yang tinggi merupakan isyarat penting bahawa seseorang berisiko terkena penyakit jantung dan pembuluh darah. Karena rambut kulit kepala boleh menangkap maklumat perubahan kadar kortisol dari masa ke masa, analisis rambut memberikan kita alat yang lebih baik untuk menilai risiko itu," kata Dr Laura Manenschijn dari Erasmus MC di Rotterdam, Belanda seperti yang termuat di Counsel and Heal.

Dalam laporan yang dimuat Journal The Endocrine Society of Clinical Endocrinology & Metabolism, penyelidik menjelaskan mereka telah mengukur kadar kortisol 283 orang berusia 65 - 85 tahun yang dipilih secara rawak. Para penyelidik mampu mengukur kadar kortisol selama 3 bulan menggunakan sampel rambut sepanjang 3 cm yang diambil dari kulit kepala.

Hasilnya mendapati bahawa orang dengan kadar kortisol tinggi di dalam rambutnya cenderung mempunyai riwayat penyakit jantung, stroke, penyakit arteri periferi koronari dan diabetes. Kadar kortisol yang amat tinggi diketahui berkaitan erat dengan penyakit jantung dan pembuluh darah.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top