Dalam era industri yang berkembang pesat seperti sepuluh tahun terakhir ini, jumlah sperma ikut mengalami penurunan. Penurunan tersebut diduga akibat gaya hidup yang tidak sihat seperti pola makan yang tidak baik dan kurang bergerak aktif.
Dalam kajian yang dilakukan pasukan dari University of Southern Denmark ini, para penyelidik melakukan kajian terhadap 1,000 lelaki yang berusia rata-rata 20 tahun. Mereka menyoal peserta tentang jadual, gangguan, dan kebiasaan tidur peserta. Para penyelidik juga melakukan pengukuran terhadap saiz zakar dan jumlah sperma. Selain itu, dianalisis pula kualiti sperma.
Lelaki dengan gangguan tidur seperti insomnia, hobi berhibur hingga jauh malam, tidak mempunyai jadual tidur yang pasti sepanjang malam, dan sering terbangun tercatat mengalami penurunan jumlah sperma hingga 29 peratus. Mereka juga dilaporkan mempunyai sperma cacat kira-kira 1.6 peratus dan saiz testis yang lebih kecil berbanding dengan lelaki yang cukup tidur.
Berkaitan dengan teori gaya hidup yang tidak sihat, para penyelidik mengakui bahawa lelaki dengan kualiti tidur buruk biasanya juga mempunyai gaya hidup tidak sihat berbanding dengan mereka yang mempunyai kualiti tidur yang baik.
Penyelidik mengatakan, lelaki yang kurang tidur lebih mungkin untuk kelebihan berat badan, minum lebih banyak alkohol, dan merokok lebih banyak daripada mereka yang cukup tidur.
Walau bagaimanapun, kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Epidemiology ini belum dapat menentukan, apakah kurang tidur atau gaya hidup yang tidak sihat yang menyebabkan menurunnya kualiti dan jumlah sperma. Penyelidik mengatakan, perlu kajian lanjutan untuk menentukan hal tersebut.