gaya hidup sihat

Masalah Tekanan Darah Tinggi dan Cara Menurunkan Tekanan Darah.

Lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, dengan itu menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia.

Menurut beliau lagi, kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33 peratus yang direkodkan pada tahun 1996, dalam ucapan pembukaan di Mesyuarat Tahunan Saintifik Ketujuh Persatuan Hipertensi Malaysia.

Masalah Tekanan Darah Tinggi
Photo used under Creative Commons from  medisave
Di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit yang berkaitan peredaran pulmonari merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan. Presiden Persatuan Jantung Nasional (NHAM) Dr. Sim Kui Hian berkata negara ini kehilangan beribu-ribu orang yang masih dalam lingkungan umur produktif setiap tahun akibat diserang oleh penyakit-penyakit kardiovaskular.

Walaupun ramai yang mengetahui mereka mengalami tekanan darah tinggi, hanya sebahagian kecil yang mendapatkan terapi optimum. Sebahagian besar dari mereka tidak mengetahui bahawa bahawa tekanan darahnya tinggi. Dari yang mendapatkan terapi saja, sebahagian besar juga tidak meneruskan terapinya . Pada hal  tekanan darah tinggi adalah sebagai faktor risiko utama strok , penyakit jantung , dan kegagalan buah pinggang .

Sebaliknya , bila kita mampu mengawal tekanan darah tinggi ini saja , risiko seseorang untuk menderita stoke berkurang 30 peratus , mengalami serangan jantung 23 peratus . Di samping itu , kemungkinan anda mengalami gagal jantung , kegagalan buah pinggang , demensia juga menurun .

Oleh kerana itu , apakah anda tidak mahu melakukan sesuatu sehingga ancaman itu menjauh dari anda . Ingat , bahawa perubahan kecil yang sihat yang anda terapkan dalam kehidupan sehari - hari mulai sekarang akan memberikan hasil yang besar di kemudian hari .

Berikut ini adalah beberapa strategi yang boleh membantu , mencegah dan mengawal tekanan darah anda :

1. Kawal Berat Badan .

Berat badan berlebihan, apalagi lemak yang terkumpul di sekitar lingkar perut anda akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi 60 peratus. Oleh kerana itu strategi pertama dalam usaha menurunkan tekanan darah adalah mengurangkan beban jantung yang berlebih ini. Anda memang sikar mencapai berat badan ideal, tetapi mengurangkan berat badan 5-10 peratus saja dari berat badan anda semula, boleh menurunkan tekanan darah atau mencegahnya berkembang .

Seperti diketahui, semakin naik timbangan anda, apalagi lemak yang terkumpul di sekitar lingkar perut, maka semakin berat kerja jantung. Lemak yang terkumpul di sekitar perut juga menyebabkan keradangan, keradangan pada saluran darah arteri, urat menjadi kaku dan menyempit, akhirnya tekanan darah akan naik .

2. Kurangkan Penggunaan Garam.

Makanan tak bergaram terasa hambar dan tidak enak. Itulah sebabnya makanan proses yang enak - enak, yang anda beli di luar itu adalah salah satunya kerana kandungan garam yang tinggi ini. Jadi, bila anda suka makan di restoran, fast food, krispi, snack, chips, daging yang diproses, makanan dalam tin, dan sebagainya, pengambilan garam anda adalah tinggi sehingga kadanag-kadang kita mengambil garam 2-3 kali lebih banyak dari yang diperlukan. Ini adalah salah satu penyebab tingginya kejadian tekanan darah tinggi dalam kalangan masyarakat kita .

Jadi, bila tekanan darah anda tinggi dan anda ingin mencegahnya, maka sekatan pengambilan garam ini perlu dilakukan . Kebiasaan makan di luar perlu di hadkan, bahkan di dapur, dan di meja anda sendiri garam itu perlu dikawal. Suatu kajian yang pernah dilakukan di Duke University, pengurangan garam setengah dari kebiasaan sebelumnya, 71 peratus daripada mereka yang melakukan ini tekanan darahnya kembali normal .

Menurut NIH (National Isntitute of Health , United of America) mengurangkan pengambilan garam tidak lebih dari 2400 mg / hari (kira - kira sama dengan 1 sudu teh) akan menurunkan tekanan darah systolik 2-8 mmHg . Dan, bila pengambilan garam boleh dikurangkan hanya 1500 mg / hari, 2 / 3 sudu teh garam meja, tekanan darah juga akan berkurangan lebih lanjut .

3. Diet.

Seperti yang disarankan oleh sebuah badan di Amerika syarikat dikenali sebagai DASH ( Dietary Aproach to Stop Hypertension ). Prinsip diet ini adalah, mengambil sayur-sayuran, serta buah - buahan 5 kali sajian setiap hari, minum susu rendah lemak 2-3 glas / hari, mengehadkan lemak tepu, minyak, makanan yang manis - manis, daging merah . Makanan olahan yang banyak mengandungi garam dan lemak hendaklah dihindari. Sudah banyak kajian tentang manfaat diet ini dalam menurunkan tekanan darah, sehingga jadi standard diet untuk tekanan darah tinggi di sana .

Secara sederhana diet ini boleh dilaksanakan dengan menambah bermacam sayuran, buah - buahan dalam menu anda. Sayur-sayuran dan buah - buah tidak lagi sebagai pelengkap makanan anda. Ketepikan sebahagian nasi dari pinggan anda, kemudian tambahkan sayur-sayuran ke dalamnya. Jadikan dapur anda tetap berasap, hadkan belanja makanan di luar, terutamanya makanan segera.

4. Bersenam. 

Senaman rutin yang anda biasakan, jalan cepat misalnya membantu menurunkan tekanan darah. Senaman bermanfaat kerana senaman memperbaiki peredaran darah, sistem kardiovaskular, pemakaian oksigen, menurunkan berat badan, lemak badan, menghilangkan stress, meningkatkan kualiti tidur dan sebagainya .

Senaman 3-5 kali dalam seminggu, boleh menurunkan tekanan darah 5-6 mmHg lebih rendah. Oleh itu jadikan senaman kegiatan sehari - hari anda. Selain membantu menurunkan tekanan darah, banyak manfaat lain yang akan anda rasakan.

5.  Berhenti merokok. 

Merokok itu memang candu, banyak alasan bagi mereka yang sudah ketagih untuk tetap menghisap racun ini.  Tetapi kita tetap mengambil contoh pada jutaan lain yang berjaya menghentikannya. Kalau orang lain boleh berhenti, anda juga pasti boleh. Merokok, perlu kita tahu, satu batang rokok sahaja menyebabkan saluran darah menjadi kurang anjal, menyebabkan tekanan darah naik, walau anda masih muda, langsing. Merokok 15 batang sehari boleh menaikkan risiko tekanan darah tinggi 11 peratus. Kerana itu buanglah, jauh - jauh racun yang akan merobek bukan sahaja, tetapi juga tubuh dan kesihatan anda.

Ingin Berhenti Merokok Tapi Sukar Melakukannya? Dapatkan Panduan Berhenti Merokok Di Sini

6. Tenangkan Jiwa Anda

Jiwa yang tenang, suasana hati yang tenteram berpengaruh terhadap tekanan darah. Stress yang kronik boleh menyebabkan tekanan darah tetap melonjak. Kerana itu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, dengan sesama manusia, bahkan seluruh makhluk Allah itu penting. Solat yang khusyuk bagi yang bergama Islam, kebiasaan memberi, menolong sesama manusia, bersyukur, juga membantu. Meditasi seperti tai - chi yang dilakukan secara teratur terbukti dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

7. Lain - lain.

Cola, kopi, coklat. Minum satu diet cola setiap hari boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi 5 %. Bila anda meminumnya 4 tin setiap hari, risiko ini meningkat 19 %. Kopi boleh meningkatkan tekanan darah sementara, tetapi kelihatannya tidak berpengaruh secara tetap. Sedangkan coklat, menurut kajian dapat membantu menurunkan tekanan darah. Sedikit dark chocolate yang anda makan sebelum tidur bermanfaat untuk mengawal tekanan darah anda. ( Dikutip dari Readers Digest Disease Free )

Boleh dikatakan tidak ada bayi yang lahir dengan tekanan darah tinggi. Dan, walaupun faktor genetik, usia, bangsa, jantina berpengaruh, tetapi gaya hidup lah yang paling menentukan. Sehingga gaya hidup yang sihat juga akan dapat mengawalnya. Mempertahankan berat badan yang normal, mengurangkan pengambilan garam, lemak, diet yang sihat, senaman teratur, kerohanian yang baik, tidak merokok, adalah beberapa contoh gaya hidup yang sihat yang dapat membantu mengawal tekanan darah anda.

Dan, seperti diketahui, bahawa tekanan darah tinggi itu menyelinap perlahan-lahan, sehingga anda tidak merasakan gejalanya. Kerana itu periksa tekanan darah anda secara berkala, apalagi sekiranya usia anda sudah melebihi 40 tahun, dan anda punya faktor risiko.

Tekanan darah anda, anda yang tentukannya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my
http://health.kompas.com

About MAF Car Rental

Powered by Blogger.