Gusi Lebih Sehat

Gusi Lebih Sehat Jika Lebih Banyak Makan Ikan

omega 3 fatty acids
omega 3 fatty acids (Photo credit: malloreigh)
Penyakit gusi adalah punca utama kehilangan gigi di kalangan orang dewasa. Elakkan penyakit gusi dengan meningkatkan memakan ikan, terutamanya ikan laut kerana ia mengandungi banyak omega-3. Penyakit gusi (periodontitis) yang teruk adalah peringkat lanjutan penyakit gusi apabila plak terbina dalam poket di antara gigi dan gusi menyebabkan radang gusi. Puncanya adalah timbunan bakteria. Jika tidak dirawat, gigi goyang bahkan tanggal!!

Salah satu cara untuk mencegah jangkitan adalah penggunaan omega-3. "Bakteria yang menyebabkan periodontitis boleh berkembang kerana keradangan. Terapi anti-radang dengan omega-3 telah dijalankan ke atas arnab di makmal menunjukkan keputusan yang positif. Kami berharap perkara yang sama terjadi pada manusia," kata Dr Kenneth J. Mukamal dari Sekolah Perubatan Harvard.

Menurut Dr Gerald Curatola dari College Pergigian New York University , hasil penyelidikan yang dijalankan Mukamal masuk akal memandangkan terdapat cukup bukti saintifik yang menunjukkan omega-3 akan mencegah penyumbatan saluran darah dan mengekalkan hati yang sihat.

"Keradangan adalah pembunuh nombor satu di dalam tubuh manusia dan skala yang lebih rendah berlaku dalam penyakit keradangan gusi," kata Curatola. Beliau menambah bahawa orang-orang yang mengalami penyakit gigi kronik adalah lebih berisiko mendapat penyakit jantung.

"Pesakit periodontitis mempunyai mempynuai risiko 10 kali lebih tinggi mendapat serangan jantung, kencing manis, atau Alzheimer. Penggunaan omega-3 akan mengurangkan keradangan dalam badan," katanya.

Dalam satu kajian yang dijalankan Mukamal, beliau dan pasukan yang melibatkan 9.000 orang dewasa yang mengambil bahagian dalam kaji selidik kebangsaan mengenai kesihatan dan pemakanan pada tahun 1999 dan 2004, empat peratus daripada responden mengalami penyakit gusi. Walau bagaimanapun, orang-orang yang kerap makan ikan hanya beberapa responden sahaja yang mengidap periodontitis.

Walaupun begitu, beliau berkata bahawa yang paling penting untuk mencegah penyakit gusi adalah untuk mengekalkan kebersihan mulut.

Sumber: http://health.kompas.com/index.php/read/2010/12/06/11055872/Doyan.Ikan..Gusi.Lebih.Sehat.-8
Enhanced by Zemanta

About Jakmas Car Rental

Powered by Blogger.