7 Tanda Anda Perlu Memulakan Senaman

Jakmas Car Rental
0
Stretching by Giulianova, 2016

Keliru jika anda mengira melakukan aktiviti fizikal rutin hanya bermanfaat untuk mencegah berat badan bertambah. Ada banyak perkara positif yang boleh kita dapatkan, terutama berkaitan kesejahteraan diri, dengan rutin bersenam.

Tubuh juga akan menghantar isyarat jika gaya hidup kita sedentari atau terlalu banyak duduk. Kenali apa saja tanda anda perlu mula rutin bersukan:

1. Mudah lelah

Jika anda sering berasa keletihan, meski sudah cukup makan dan rehat, mungkin anda memang perlu meningkatkan aktiviti fizikal. Walau sepertinya kontra, tapi rutin bersenam justru meningkatkan tahap tenaga sehingga 20 peratus.

2. Mengalami sakit dan sengal

Bangun tidur dengan rasa sakit dan lenguh pada punggung, kaki, dan lengan, mungkin pernah kita alami. Ternyata itu merupakan salah satu tanda tubuh anda kurang digerakkan. Cuba melakukan regangan ringkas agar otot bergerak, sendi lebih rileks, dan pembuluh darah kembali lancar.

3. Tekanan

Tekanan hidup di zaman moden ini memang lebih tinggi sehingga jumlah orang yang stres terus meningkat. Kurangkan tekanan dengan melakukann sukan ringan secara rutin 30 minit setiap hari. Berjalan kaki, jogging, yoga, atau melakukan regangan, bermanfaat menurunkan tahap kecemasan.

4. Penampilan tampak lebih tua

Sukan merupakan cara yang berkesan untuk memperbaiki kerja hormon. Anda akan terkejut mengetahui bahawa hormon yang seimbang akan mempengaruhi cara kita berfikir, merasa, dan juga penampilan. Contohnya, meningkatkan kadar testosteron melalui sukan akan memperbaiki metabolisme, membuat kulit lebih segar, serta otak berfungsi dengan baik.

5. Gangguan pencernaan

Melakukan jalan cepat atau lari 30 minit juga bermanfaat bagi organ pencernaan. Penguncupan usus pun lebih baik sehingga anda terhindar dari sembelit. Setiap aktiviti fizikal, samada berjalan, berbasikal, berenang, menari, akan bermanfaat untuk saluran pencernaan kita.

6. Susah menahan diri

Kita pasti mempunyai kelemahan pada suatu hal yang sama sekali tak boleh dibanggakan, seperti merokok, alkohol, pengambilan makanan berlemak, makanan manis, dan sebagainya. Bersenam ternyata boleh membantu kita mengurangkan nafsu makan dan juga mengalihkan kita dari godaan tabiat buruk itu.

7. Susah tidur

Bila anda mengalami kesulitan memejamkan mata di malam hari, mungkin anda perlu menambah aktiviti fizikal di siang hari. Walaupun begitu, elakkan melakukan aktiviti sukan terlalu dekat jam tidur.

Sumber: health.kompas.com


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top