5 Gejala Awal Diabetes Yang Anda Mungkin Tak Duga

Jakmas Car Rental
0

Tidak setiap kes diabetes jenis 2 bermula dari timbulnya gejala yang khas, seperti buang air kecil terlampau sering atau tangan dan kaki yang sering kesemutan atau mati rasa.

Ada juga gejala-gejala yang tak biasa, bahkan tak pernah terfikir kalau gejala tersebut berkaitan dengan penyakit "kencing manis". Antara gejala-gejala yang perlu anda perhatikan ialah:

Diabetes Type 2

1. Perubahan pada kulit

Jangan abaikan bila ada perubahan tak biasa pada kulit. Bila warnanya menjadi lebih gelap, bersisik di daerah lipatan, terutama di bahagian belakang leher, siku, atau buku-buku jari, padahal anda cukup rajin melakukan rawatan, keadaan tersebut sering menjadi amaran awal dari kadar gula darah yang terlalu tinggi.

"Walaupun genetik atau keadaan hormon boleh menyebabkan gangguan kulit yang disebut acanthosis nigricans, namun ketika saya melihat keadaan ini, perkara pertama yang saya lakukan pada pesakit ialah melakukan ujian gula darah," kata Sanjiv Saini, MD, dermatologi di Edgewater, Maryland.

Kadar insulin yang tinggi menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit dan melanin. Pigmen dalam sel-sel kulit akhirnya akan menimbulkan tompok-tompok hitam. Ujian gula darah boleh menunjukkan sama ada pesakit sudah mempunyai diabetes, atau sekadar mengesan kadar gula darah sebagai cara untuk mengesan penyakit.

"Melakukan diet dan penurunan berat badan sekurang-kurangnya boleh mengurangkan tingginya kadar gula darah dan dapat membantu pembersihan kulit," lanjut Saini.

2. Penglihatan menjadi lebih tajam tanpa sebab

Tak lagi bergantung dengan cermin mata, kerana penglihatan anda menajam secara serta-merta? Sebaiknya tak berbangga hati dulu. Gejala diabetes tak hanya berupa penurunan kualiti penglihatan, tetapi juga berlaku sebaliknya.

"Visi boleh berubah jadi lebih baik atau lebih buruk," kata Howard Baum, MD, pembantu profesor perubatan dari bahagian diabetes di Vanderbilt University.

"Banyak pesakit yang menceritakan kepada saya, bahawa visi mereka beransur pulih apabila kadar gula darah mereka naik, namun setelah mereka mula menjalani rawatan diabetes, mereka memerlukan cermin mata lagi," katanya.

Apa yang menyebabkan keadaan itu? diabetes menyebabkan kadar cecair dalam tubuh bergeser, termasuk di dalam mata anda, yang membawa kepada perubahan penglihatan.

3. Gatal yang tak kunjung reda

Tak perlu malu berunding bila anda mengalami gatal yang terus menerus. diabetes boleh mengganggu peredaran darah yang mencetuskan kulit kering dan gatal.

"Beberapa pesakit diabetes mengadu gatal yang teruk pada tangan, betis, serta kaki, sehingga ini menjadi sesuatu yang harus ditanggapi dengan serius," kata Baum.

Sehingga, jika pelembab kulit tidak mampu meredakan gatal, maka ada baiknya segera menemui doktor untuk mendapatkan pemeriksaan menyeluruh.

4. Pendengaran berkurang

Jika akhir-akhir ini anda perlu meninggikan volume televisyen atau sukar untuk mendengar jelas apabila orang lain berbicara, segera beri tahu doktor anda, anda mungkin memerlukan ujian gula darah.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh National Institute of Health menyebutkan, gangguan pendengaran boleh menjadi amaran awal dari diabetes.

Walau belum masuk dalam kriteria diabetes, orang dengan kadar gula darah di atas normal mempunyai risiko 30% lebih mungkin mengalami kerosakan pendengaran berbanding orang dengan kadar gula darah normal.

Para penyelidik percaya bahawa diabetes mencetuskan kerosakan pembuluh darah dan saraf telinga bahagian dalam, yang menyebabkan gangguan pendengaran.

5. Berdengkur lebih keras

"Kira-kira setengah daripada penghidap diabetes jenis 2 mempunyai gangguan nafas semasa tidur," kata Osama Hamdy, MD, pengarah pengurusan diabetes di JOSLIN diabetes Center, Boston. jadi ketika

Anda mengalami dengkuran keras semasa tidur, sering mengalami mengantuk di siang hari, saatnya melakukan ujian gula darah.

Sebuah kajian di Kanada baru-baru ini menunjukkan bahawa 23% daripada pesakit yang didiagnosis dengan gangguan tidur yang umum, berisiko mengembangkan diabetes dalam masa 5 ½ tahun ke depan.

Walau kaitan antara kedua-duanya tidak sepenuhnya difahami, namun ada kemungkinan; pesakit dengan gangguan nafas semasa tidur cenderung untuk melepaskan hormon stres semasa tidur, yang boleh meningkatkan kadar gula darah.

Sumber: KOMPAS HEALTH

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top