Bila anak demam panas, bila perlu diberikan ubat?

Jakmas Car Rental
0

Demam merupakan keadaan yang mungkin akan sering dialami oleh bayi hingga kanak-kanak kecil . Walaupun demam merupakan salah satu mekanisme tubuh mengatasi jangkitan , namun ibu bapa sebaiknya tidak membiarkannya berlarutan.

Menurut doktor, demam pada anak jika biarkan akan menimbulkan gejala yang lebih serius , seperti disertai kejang yang seterusnya memberi kesan kepada kesihatan kpeada bayi atau kanak-kanak yang mengalami demam kejang .

Kerana itu, doktor menyarankan agar ibu bapa berwaspada bila si kecil mula mengalami peningkatan suhu tubuh di atas 37.5 darjah celcius. Menurutnya, ketika itu pemberian ubat penurun panas pun boleh dijadikan pilihan .

Namun yang perlu diingat, pemberian ubat penurun panas pada anak tidak boleh sembarangan, sukatannya harus tepat.

Dos ubat yang tepat disesuaikan dengan berat badan anak. Ibu bapa perlu tahu berat badan anaknya supaya tepat dosnya. Namun jika masih kesulitan, maka perlu meminta petunjuk doktor.

Pemberian parasctamol boleh diulang setiap 4 jam bila suhu masih di atas 38 darjah celcius. Ubat boleh diberikan samada sebelum maupun sesudah makan atau minum susu .

Apabila demam tinggi sebahagian anak boleh mengalami kejang demam. Namun tidak semua anak mengalaminya. Demam tinggi juga boleh membuat anak mengalami lemas dan dehidrasi kerana jumlah pengambilan makanan yang berkurang disertai penyejatan tubuh yang meningkat lebih banyak

Sumber: Kompas Health.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top