Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Lemak Badan

Jakmas Car Rental
1


Disebabkan lemak yang banyak berkumpul dalam badan menyebabkan anda menghabiskan banyak masa untuk berdiet dan pergi ke gim untuk menjaga badan anda. Tetapi tahukah anda bahawa lemak mempunyai implikasi yang ketara pada fizikal dan emosi? Menurut seorang ahli biokimia pemakanan, terdapat beberapa fakta penting mengenai lemak yang mungkin akan mengejutkan anda:

Lemak terdapat dalam pelbagai warna

Lemak yang mempunyai fungsi dan warna yang berbeza: putih, coklat dan kuning air. Kebanyakan orang berfikir bahawa lemak putih adalah lemak yang tidak berguna dan pucat. Selain itu, ia juga dianggap sia-sia kerana kadar metabolik yang rendah, malahan tidak membantu dalam membakar kalori seperti mana yang dilakukan oleh otot. Lemak berwarna putih juga merangkumi lebih 90% lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan untuk kalori tambahan.

Fat IX by LauraLewis23
Sementara itu, lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya dengan bekalan darah dan benar-benar boleh membakar kalori. Haiwan jenis mamalia boleh mengaktifkan lemak coklat untuk membakar kalori dan menjana haba untuk memanaskan badan pada musim sejuk. Namun, sayang sekali kerana manusia mempunyai lemak coklat yang sedikit, jadi ia tidak akan membantu untuk bakar kalori atau membuat anda hangat.

Lemak kuning cair mempunyai fungsi sangat menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar sel-sel lemak putih kepada lemak kuning.

Lemak di bahagian punggung lebih sihat daripada lemak di perut

Sebagai seorang wanita, sudah semestinya mempunyai lemak adalah sesuatu yang perlu dielakkan, tetapi ia sebenarnya lebih selamat untuk mempunyai badan seperti buah pir daripada epal. Lemak perut, juga dikenali sebagai lemak 'visceral', adalah lebih responsif kepada hormon kortisol berbanding lemak pada paha atau punggung anda, jadi apabila anda tidak mencari jalan yang sihat untuk mengatasinya, kalori tambahan yang dimakan lebih cenderung untuk tersimpan di bahagian tengah-tengah anda.

Lemak di bahagian perut boleh mencipta bahan kimia keradangannya sendiri seakan-akan tumor. Tambahan lagi, bahan kimia ini akan berhubung dengan otak dan membuatkan anda lapar dan letih, sekaligus menyebabkan anda lebih cenderung untuk makan berlebihan atau makan makanan ringan dan tidak bersenam, lantas mewujudkan satu kitaran yang bahaya dan mengekalkan penyimpanan berlebihan lemak perut.

Kalori akan dibakar dahulu sebelum lemak

Sebelum anda membakar lemak, anda membakar kalori terlebih dahulu, sama ada ianya datang daripada kalori karbohidrat yang tersimpan seperti 'glycogen' dan gula darah atau daripada lemak badan yang disimpan. Lebih banyak kalori anda yang anda bakar dalam setiap senaman , lebih besar defisit yang anda akan mewujudkan dan lebih banyak lemak anda akan hilang.

Pakar menyokong latihan selang tinggi intensiti untuk membakar kalori sebanyak mungkin dalam masa yang singkat. Kaedah ini yang boleh membakar dua kali ganda kalori dalam jumlah masa yang sama yang dihabiskan sama seperti latihan dalam keadaan yang stabil.

Lemak memberi kesan pada 'mood' anda

Tidak ada perkara yang lebih teruk lagi selain melihat angka di skala penimbang berat anda bertambah, tambahan lagi mempunyai lebihan lemak terutama di sekitar perut anda akan mengaktifkan bahawa keradangan kitaran, yang mana kajian menunjukkan boleh menjadi faktor yang serius dalam kecelaruan emosi seperti gangguan dwipolar.

Untuk membantu memecahkan kitaran tekanan, cubalah makan coklat gelap kerana terdapat gula yang mampu untuk memenuhi keinginan yang disebabkan tekanan, tetapi 'flavonoid' yang sihat membantu anda lebih tenang. Produk tenusu rendah lemak seperti yogurt juga boleh memberi kesan yang sama. Disamping itu, gabungan kalsium dan magnesium boleh membantu menenangkan tindak balas tekanan.

Orang berbadan kurus juga mempunyai selulit

Selulit disebabkan oleh lemak yang terperangkap di bawah kulit. Kulit berlapis yang terhasil oleh tisu penghubung yang mengikat kulit dengan otot, dengan lemak yang terperangkap di antara mereka seperti sandwic. Anda tidak perlu banyak lemak untuk menyebabkan 'dimpling effect' , jadi anda boleh mempunyai lemak badan yang rendah tetapi masih mempunyai sedikit lemak lekuk di bahagian seperti punggung anda atau belakang paha anda.

Membina otot sementara kehilangan lemak boleh bantu mengurangkan kemunculan selulit. Selain itu, krim selulit yang khusus dan losyen juga boleh membantu mengurangkan selulit walaupun mereka tidak boleh membuat apa-apa tentang lemak dibawah kulit itu.

Sumber: Yahoo

Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment
To Top