kaki

Ketahui Kesihatan Anda Melalui Kaki

Kaki adalah bahagian tubuh paling bawah. Meski terbawah, bukan bererti keadaan kaki boleh diabaikan. Kerana faktanya, keadaan kaki dapat menggambarkan keadaan tubuh secara keseluruhan.

Berikut ini, adalah beberapa keadaan kaki yang dapat menjadi petunjuk adanya gangguan kesihatan:

1. Kaki selalu terasa sejuk

Kaki yang selalu dingin disebabkan buruknya peredaran darah yang sering dikaitan dengan merokok, tingginya tekanan darah, dan penyakit jantung. Kerosakan saraf akibat diabetes yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kaki terasa sejuk. Penyebab lainya adalah hipotiroidisme dan anemia.

Mengetahui tahap kesihatan melalui kaki

2. Sakit pada kaki.

Bila kaki terasa sakit setelah bekerja seharian, perhatikanlah keadaan kasut. Sebanyak 8 daripada 10 wanita mengatakan, kasut tertentu menyakiti kaki mereka. Namun sakit yang tidak disebabkan kasut bertumit tinggi, mungkin diakibatkan pecahan kecil di tulang. Penyebabnya adalah latihan yang terlalu berat, seperti bola keranjang atau lari jarak jauh. lemahanya tulang kerana osteoporosis juga meningkatkan risiko ini.

3. Kaki seperti terbakar

Rasa terbakar merupakan hal yang umum terjadi pada pesakit diabetes, dengan kerosakan saraf tepi. Keadaan ini juga boleh diakibatkan kekurangan vitamin B, athletes food, penyakit buah pinggang kronik, buruknya peredaran darah di kaki (peripheral arterial disesase), dan hipotroidisme

4. Kejang kaki

Rasa sakit tiba-tiba pada kaki adalah tanda kejang otot, yang boleh berlaku beberapa minit. Penyebab utamanya adalah kelebihan kerja dan kelemahan otot. Penyebab lain adalah buruknya peredaran, dehidrasi, atau ketidakseimbangan potassium, magnesium, kalsium, atau vitamin D dalam tubuh. Perubahan hormon ketika hamil atau gangguan tiroid, juga memberi kesan.

5. Kaki bengkak

Bengkak merupakan gangguan sementara yang disebabkan berdiri atau penerbangan yang terlalu lama. Namun kaki yang bengkak dalam masa yang lama merupakan tanda adanya masalah pada pembekuan darah dan sistem limfatik. Gangguan buah pinggang dan tiroid yang kurang aktif, juga boleh menjadi penyebab bengkak.


6. Jari kaki kemerahan, putih, dan biru

Penyakit Raynaud boleh menyebabkan jari kaki berwarna putih, kebiruan, kemerahan dan kembali ke warna asal. Penyebabnya adalah penyempitan arteri, yang disebut vasopasma. Stres atau perubahan suhu boleh menyebabkan vasopasma, yang biasanya tidak mencetuskan penyakit lain. Penyakit Raynaud juga berkaitan dengan radang sendi, penyakit Sjogren, dan gangguan tiroid.

7. Sakit pada tumit

Punca utama sakit pada tumit adalah plantar fasciitis. Rasa sakit akan lebih terasa ketika bangun tidur dan terjadi tekanan di kaki. Radang sendi, latihan berlebihan, dan kasut yang tidak sesuai menyebabkan sakit pada tumit, misalnya tendonitis. Penyebab lain adalah jangkitan tulang, tumor, atau tulang pecah.

8. Cara jalan diseret

Penyebab perubahan cara jalan adalah kehilangan kemampuan merasakan sensasi pada kaki, yang diakibatkan kerosakan saraf tepi. Kerosakan saraf diakibatkan jangkitan, kekurangan vitamin, dan kelebihan alkohol.

9. Rasa gatal

Rasa gatal dan calluses, merupakan jangkitan kulat yang umum terjadi pada lelaki berusia 20-40 tahun. Reaksi pada zat kimia atau produk penjagaan kulit tertentu, boleh menyebabkan gatal, disertai kemerahan dan kering.

10. Luka yang tak sembuh

Luka pada kaki yang tak kunjung sembuh, merupakan tanda utama diabetes. Penyembuhan yang lama juga merupakan tanda buruknya peredaran akibat penyakit seperti peripheral artery disesase.

About Jakmas Car Rental

Powered by Blogger.