diet

Bersenam atau Diet - Mana Satu Yang Mempengaruhi Berat Badan

Bersenam secara rutin dan menjaga pola makan sihat adalah syarat yang harus dipenuhi jika anda ingin menurunkan berat badan. Masalahnya, jika seseorang memilih salah satu faktor ia akan menjadi kurang perhatian pada faktor-faktor lain.

Bila seseorang menaruh perhatian lebih pada pengambilan makannya, biasanya ia akan melupakan senaman. Demikian juga sebaliknya. Jadi, sebenarnya mana yang paling mempengaruhi berat badan, senaman atau menjaga pola makan?

Ternyata, orang yang merasa bahawa diet adalah faktor penting untuk mengawal berat badan cenderung mempunyai BMI lebih rendah berbanding yang lebih percaya pada senaman.

Hal tersebut disimpulkan dari enam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Science.

Pada penyelidikan tersebut, penyelidik menanyakan lebih daripada 1,200 responden di Amerika, Kanada, China, Perancis, dan Korea Selatan tentang faktor utama yang membuat mereka kegemukan.

  Foto oleh Ronmerk
Penyelidik juga mencatat data tinggi dan berat badan untuk mengetahui nilai BMI sebagai penunjuk kegemukan. Hasilnya, orang yang mengatakan senaman mencegah obesiti mempunyai indeks massa tubuh yang lebih tinggi.

"Keyakinan akan mempengaruhi tindakan kita," kata penyelidik Brent McFerran PhD.

Jika berfikir senaman adalah kuncinya, seseorang cenderung banyak bergerak dan tidak memperhatikan pengambilan makan.

Walaupun senaman memang boleh membantu usaha pelangsingan, orang sering berlebihan dalam mengira kalori yang telah dibakar semasa bersenam. Akibatnya, mereka makan dengan lebih banyak untuk menggantikan kalori yang telah hilang akibat di bakar semasa aktiviti fizikal tadi.

Orang yang percaya bahawa diet yang sihat adalah cara terbaik menjaga berat badan, mereka menjadi kurang semangat bersenam, tetapi sangat berhati-hati menjaga pengambilan. Tetapi, hal ini menguntungkan, terutama kerana orang juga sering salah mengira jumlah kalori yang mereka makan.

Masalahnya, kebanyakan orang berfikir mereka cukup bersenam untuk membakar sekian kalori. Padahal, banyak bukti menunjukkan bahawa mengatur pola makan adalah cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan.

Contohnya jika kita makan tengah hari dengan total 3,000 kalori, hanya sedikit orang yang masih punya masa untuk membakar kalori tersebut di sisa harinya.

McFerran menyarankan untuk menyingkirkan makanan tinggi kalori dalam senarai santapan. Selanjutnya, lebih baik menggunakan pinggan dan mangkok kecil supaya kita selalu makan dengan porsi yang pas.

Keri Glassman RD, ahli penurunan berat badan Womens Health, berkata, senaman sangat penting dalam menjaga badan tetap sihat meski memang sukar menurunkan berat badan hanya dengan senaman.

Tetapi, itu jangan tinggalkan bersenam, kerana bersenam banyak memberi manfaatnya. Senaman merangsang pengeluaran endorfin yang meningkatkan metabolisme. Senaman juga menyihatkan jantung, menguatkan tulang, membantu tidur yang lebih baik, menurunkan stres, dan baik untuk kesihatan jiwa.

About Jakmas Car Rental

Powered by Blogger.