jantung

Tak Elok Untuk Jantung, Tak Elok Juga Untuk Otak

kekalsehat.blogspot.comOtak dan jantung, kedua organ utama ini ternyata mempunyai hubungan yang sangat erat. Penelitian para pakar di Belanda mendedahkan, faktor risiko penyakit jantung juga boleh mencetuskan penurunan fungsi otak, baik pada orang sekitar 30an maupun usia yang lebih tua.

Dalam kajian terbaru, para pakar di Belanda telah membuat penyelidikan ke atas 3,800 sukarelawan berusia 35 hingga 82 tahun. Para sukarelawan diketahui mempunyai faktor risiko penyakit jantung seperti merokok, diabetes, kadar kolesterol "jahat" yang tinggi. Mereka melakukan ujian memori dan kemampuan kognitif lain seperti membuat rencana, menyatakan alasan, dan berganti tugas.

Hasilnya, peserta yang mempunyai faktor risiko penyakit jantung tertinggi mempunyai hasil ujian yang lebih buruk berbanding mereka yang mempunyai faktor risiko lebih rendah.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Stroke ini mendapati, dua faktor risiko penyakit jantung, merokok dan diabetes, merupakan faktor khusus yang paling berkaitan dengan penurunan fungsi otak.

Ketua kajian dr. Hanneke Joosten, ahli saraf di University Medical Center di Groningen Belanda mengatakan, orang muda mungkin beranggapan kesan merokok dan kelebihan berat badan akan menimbulkan kesan buruk berselang beberapa tahun kemudian, namun nyatanya tidak demikian.

"Semua orang tahu kesan negatif dari faktor risiko penyakit jantung seperti serangan jantung, stroke, penurunan fungsi buah pinggang, namun mereka tidak sedar itu juga mempengaruhi kesihatan kognitif. Apa yang buruk untuk jantung, buruk pula untuk otak," papar Joosten.

Sehubungan ini, tambah Joosten lagi, perlu disedari oleh doktor, iaitu faktor risiko penyakit jantung berkaitan dengan penurunan fungsi otak. Masyarakat umum pun perlu menyedari dan mengelakkan faktor risiko penyakit jantung.

"Program berhenti merokok bukan hanya untuk mencegah, stroke, dan penyakit kardiovaskular, tapi juga kerosakan kemampuan kognitif," tambahnya.

About Jakmas Car Rental

Powered by Blogger.