diet

Rahsia Turunkan Berat Badan Mengikut Negara

Setiap negara tentu punya rahsia sendiri dalam menjalani diet. Diet untuk menjaga tubuh tetap ideal ini menjadi budaya yang dipercaya masyarakat tempatan.

Latar belakang budaya dan aktiviti warga menjadi sebahagian resipi diet suatu Negara. Berikut antara beberapa rahsia turunkan berat badan yang diamalkan di beberapa negara.

1. Makanan pedas (Thailand)
Sumber image: culinaryfoodasia.blogspot.com

Thailand adalah surganya pedas. Pedasnya hidangan khas negeri Gajah Putih ini sudah terkenal di seluruh dunia. Masyarakat negeri 1000 kuil ini percaya makanan pedas mampu meluruhkan lemak dan membuat tubuh mereka tetap ideal.

2. Hidangan Kecil (Inggeris)

Masyarakat Inggeris percaya makan hidangan kecil akan membantu mereka tetap makan secukupnya. Dengan diet ini mereka terhindar dari makanan bersaiz besar yang merangsang peningkatan timbunan lemak dan berat badan. Hal ini juga diterapkan pada restoran makanan segera di Inggeris yang tidak menyediakan makanan bersaiz besar (supersize).

3. Ubi dan Buncis (Brazil)

Hidangan utama di Brazil adalah ubi dan buncis yang kaya serat dan rendah lemak. Hidangan ini mampu menjaga kadar gula darah, dan menurunkan risiko obesiti sebanyak 14%.

4. Sering Makan di Rumah (Poland)

Orang Poland hanya menghabiskan perbelanjaan sebanyak 5% untuk makan di luar. Mereka percaya makanan di rumah yang dimasak dengan bahan-bahan yang segar lebih baik untuk kesihatan. Memasak sendiri di rumah juga membolehkan orang Poland mengawasi proses memasak.

5. Sarapan Rutin (Jerman)

Kira-kira 75% orang Jerman biasa sarapan setiap pagi. Menu sarapannya adalah roti dan bijirin gandum whole wheat. Sarapan rutin mencegah makan tengah hari atau snek hidangan akibat rasa lapar yang berlebihan. Makan bahagian besar yang kaya gula dan kolesterol, justeru mengakibatkan tubuh cepat gemuk kerana pengambilan lemak yang terkumpul.

6. Berbasikal (Belanda)

Warga Belanda berbasikal, bahkan basikal di negeri kincir tersebut lebih banyak berbanding penduduknya. Sebanyak 54% warga Belanda berbasikal untuk kegiatan sehari-hari. Mereka rata-rata mengayuh basikal sejauh 865 km per tahun. Warga Negara asal bunga Tulip ini percaya, berbasikal adalah bentuk sukan yang boleh membuta tubuh mereka tetap sihat.

7. Penggunaan Muesli (Swiss)

Muesli adalah sejenis campuran bijirin, buah-buahan, dan kekacang. Hidangan kaya khasiat ini biasa disajikan untuk sarapan pagi atau snek petang. Orang Switzerland percaya pengambilan serat pada muesli akan membuat tubuh mereka tetap sihat.

8. Makan dari hasil kebun sendiri (Rusia)

Sebanyak 51% orang Rusia menghabiskan cuti mereka di tanah pertanian. Mereka menanam sendiri sayur dan buah yang akan disantap. Dengan menanam sendiri mereka boleh mengawal bahan kimia yang digunakan selama penanaman. Pemilihan bahan organik akan membuat tubuh mereka tetap sihat sampai tua.

9. Kunyit (Malaysia)

Sumber images: om-tani.blogspot.com
Sebahagian besar orang Malaysia menggunakan kunyit sebagai rempah dalam hidanganya. Kunyit ini kaya akan zat curcumin yang membantu mengurangkan pembentukan jaringan lemak.

10. Minum Teh Rooibos (Afrika Selatan)

Teh ini popular di seluruh Afrika Selatan. Teh rooibos yang manis semulajadi tidak memerlukan gula tambahan. Peminumnya terhindar dari risiko terkena diabetes. Minuman ini diperbuat daripada daun Aspalathus linearis, yang bukan jenis tanaman teh. Minuman ini bebas kafein, pengawet, penguat aroma. Teh Roiboos juga mengandungi vitamin dan antioksidan yang bermanfaat bagi tubuh.

11. Gemar Makan Acar (Hungary)

Orang Hungaria suka makan pelbagai jenis acar. timun, kubis, tomato, dan lada merupakan kegemaran penduduk negeri Drakula tersebut. Kandungan cuka dalam acar mampu menjaga tekanan darah, menjaga kadar gula, dan mengurangkan pembentukan jaringan lemak.

12. Yoga (India)

India merupakan kiblatnya yoga. Yoga bukan sesuatu yang asing bagi Masyarakat negeri Taj Mahal ini. Yoga dilakukan dengan pelbagai pose yang dilakukan semasa perut kosong. Pelbagai gerakan dalam yoga mampu membakar lemak dan meningkatkan metabolisme. Hal ini dibuktikan pelaku yoga yang mempunyai indeks massa tubuh yang rendah.

13. Trekking (Finland)

Warga negara Finland memilih trekking sebagai aktiviti luar kegemaran. Mereka terbiasa trekking dengan dua tongkat di tangan kanan dan kiri. Gerakan saat trekking melibatkan pergerakan otot bahu, lengan, dan torso sehingga mengubah jalan biasa menjadi sebuah total body workout. Gerakan ini mampu membakar kalori dan lemak, hingga membuat tubuh sentiasa sihat.

14. Makan Ikan Herring (Belanda)

Herring adalah jenis ikan laut yang hidup di lautan Pasifik Utara, Atlantik Selatan, dan Baltik. Ikan ini kaya kandungan asid lemak omega 3 yang mampu menurunkan kolesterol jahat dan menurunkan hormon pembuat stress (kortisol). Orang Belanda biasa makan ikan herring sebagai snek sehari-hari.

15. Berpuasa (Indonesia)

Tanpa kita sedari puasa telah menjadi cara diet terbaik yang dimiliki bangsa ini. Puasa mampu memecah kebiasaan pola makan berlebihan dan membakar kalori lebih banyak. Dengan berpuasa, kalori dari makan saat sahur akan dibakar habis sampai saat berbuka tiba.

About MAF Car Rental

Powered by Blogger.