Petua Kekal Sehat

Jakmas Car Rental
0
tua dan kekal sehat
Kekal sehat walau usia sudah meningkat
Mengikut kajian, bilangan warga emas di Malaysia dijangkakan mencapai 3.4 juta menjelang 2020. Jumlah ini merupakan satu angka yang agak besar namun bukan bermakna warga tua tidak mampu untuk menjadi lebih produktif.

Walaupun usia meningkat tua, kesihatan perlu dijaga. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk terus kekal sehat dalam meniti usia tua. Risiko dan beban penyakit kronik meningkat dengan pertambahan usia. Begitupun ia boleh dicegah sekiranya mengamalkan gaya hidup sehat, saringan kesihatan tahunan pada peringkat awal bagi mengesan penyakit dan melengahkan merebaknya penyakit dengan perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan seimbang.

Petua Kekal Sehat

Cuba amalkan beberapa petua ini untuk mengekalkan kesihatan dan seterusnya menikmati hidup tua yang lebih sehat dan bermakna.

  • Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal sehat dan cergas dengan memastikan fizikal dan mental sehat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif

  • Sentiasa berhati-hati dalam pergerakan dan cuba elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh boleh menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan dan seterusnya menjejaskan pergerakan serta menjadikan kiya yidak aktif.

  • Jaga pemakanan anda. Amalkan makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang

  • Sentiasa dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan. Elakkan dari mengambil ubat-ubatan atau makanan tanbahan yang tidak mempunyai pengesahan

  • Pastikan anda minum banyak air, berhenti merokok dan jangan mengambil alkohol

  • Kekalkan keyakinan dan harga diri - bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muka



Sumber: BERITA HARIAN

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top