Anti Penuaan

Kekal Sehat Dengan Makanan Anti Penuan

Tahukah anda sesetengah makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran juga ikan mempunyai khasiat yang boleh mengurangkan kesan penuaan yang berlaku pada usia yang semakin meningkat. Makanan tersebut bukan sahaja enak rasanya tetapi mudah di dapati di pasaraya-pasaraya di negara ini.

1.            Avocado

Avocado sangat terkenal dengan kandungan antioksida yang sesuai untuk anti penuaan seperti contoh vitamin C, E dan Omega 3 asid lemak. Avocado menghalang kedutan pada wajah dan menjadikan kulit anda lebih bertenaga disebabkan kandugan Vitamin E itu sendiri.

Avokado mampu mencegah penyakit mata

Avokado juga mengandungi lutein iaitu sejenis antioksidan yang amat baik untuk mata. Pengambilan makanan yang tinggi lutein dikatakan mampu mencegah penyakit mata seperti katarak dan kemerosotan makular.

Lembutkan kulit

Avokado digunakan dengan banyak dalam industri kosmetik seperti pencuci, krim dan masker muka. Ada juga yang dibuat syampu, minyak avokado dan bermacam-macam lagi. Avokado terbukti berkesan dalam penjagaan kulit wajah kerana kandungan vitamin E yang tinggi.

Antara kebaikan lain buah avokado ialah mampu mencegah arteriosclerosis, merangsang pembentukan kolagen sekaligus membantu kulit mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.

Selain itu, buah avokado juga boleh dihancurkan dan ditampal pada ruam dan kulit yang kasar. Kesannya, kulit akan menjadi lebih lembut. Minyak yang diekstrak daripada buah avokado boleh dijadikan sebagai losen kulit dan minyak urut. Penggunaannya dikatakan mampu memperbaiki kulit menjadi lebih bermaya.

2.            Tembikai

Tembikai mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium, fosforus, natrium, kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain.  Lycopene dan beta-karoten yang terkandung dalam tembikai membantu melindungi kulit dan membaiki sel sel yang rosak akibat pancaran matahari yang terik.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

3.            Berri

Buah berri bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, ianya tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral. Ianya juga sumber antioksida yang membantu melindungi otak dan kulit.

Selain kandungan antioksida yang tinggi, buah ini juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.

4.            Ubi Keledek

Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.

Ubi keledek juga mengandungi lycopene, ianya menghalang kulit dari pancaran sinar UV yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi tidak sihat. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam keledek ini menghasilkan sumber kolegen yang baik untuk kulit yang lebih sihat.

Tergolong dalam keluarga Convolvulaceae, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza serta digunakan meluas dalam industri makanan, khususnya kuih tradisional.

5.            Sayur Bayam

Ada banyak sekali nutrisi yang terkandung di dalam bayam seperti vitamin A, C, E, K, kalsium, zat besi, potasium, magnesium, mangan, seng, dan sejumlah mineral lain. 

Sayur bayam juga bayam kaya dengan lutein, yang dikatakan memiliki ciri ciri anti penuaan yang bagus.

6.            Teh Hijau

Kajian mendapati mereka yang mengamalkan meminum tiga cawan teh hijau sehari berupaya melambat proses penuaan. Ini kerana, teh hijau meningkatkan struktur DNA dan mengurangkan pemendekan sel-sel dalam badan yang menghasilkan kesan penuaan tersebut.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.

7.            Salmon

Ikan salmon penting untuk mengekalkan keremajaan kulit kerana salmon kaya dengan protein yang mengekalkan kulit yang lebih anjal dan membaiki sel yang rosak. Kandungan omega 3 asid lemak yang dijumpai dalam salmon ini juga baik untuk otak, mata dan sendi.

8.            Minyak zaitun

Minyak zaitun bukan sahaja terkenal di Eropah dan Timur Tengah malah hampir ke seluruh dunia mengamalkan minyak zaitun tidak kira di dalam masakan mahu pun penjagaan kesihatan. Bagi umat Islam minyak zaitun sudah diamalkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda memang menganjurkan umatnya mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian.

Minyak zaitun sememangnya sesuai digunakan dalam masakan (tidak sesuai untuk menggoreng) ianya juga diamalkan sebagai pelembap kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi termasuk vitamin E, juga bertindak melindungi anda dari radikal bebas yang berkait rapat dengan proses penuaan.

Sumber:
1.    Artikel Internet
2.    Kevin Zahri

About Jakmas Car Rental

Powered by Blogger.